كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى
منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً
Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)
كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة (رواه البخاري
Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibu bapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak iaitu : "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat" ( Riwayat Al-Bukhari)
أن جبرائيل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا محمد اشتكيت ؟ قال نعم , قال : بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْعَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ , اللهُ يُشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ
Ertinya : Telah datang Jibrail kepada nabi sa.w dan berkata : Wahai Muhammad, adakah kamu mengadu kerana sakit? . Jawab Nabi " Ya". Jibrail membalas " Bacalah "Dengan nama Allah yang mengubatimu, dari segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari kejahatan setiap jiwa,mata dan hasad. Allah akan menyembuhkanya dan dengan namaNya engkau disembuhkan"
Baca tujuh kali dengan tangan diletak di tempat sakit , kemudian baca Bismillah tiga kali dan terus baca doa seperti yang diterangkan (bold) :
أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده منذ أسلم فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم الله ثلاثا , وقل سبع مرات : أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
Ertinya : Seorang sahabat datang mengadu kepada Nabi berkenaan kesakaitan yang terdapat ditubuhnya sejak dari ia masuk Islam, lalu nabi mengajarkan berkata : " Letakkan tanganmu ditempat yang kamu merasai sakit itu dan bacalah Bismillah tiga kali dan kemudian bacalah tujuh kali : " Aku berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan yang telah menimpaku dan yang aku ingin hindari. ( Riwayat Muslim)
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من عاد مريضا لم يحضر اجله فقال عنده سبع مرارٍ أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يُشْفِيَكَ إلا عافاه الله من ذلك المرض
Ertinya : Nabi telah berkata " Barangsiapa melawat orang yang sakit yang belum kelihatan akan tiba ajalnya (sakit yang dikira boleh sembuh), bacalah di sisinya tujuh kali : " Aku memohon kepada Allah yang maha agung, tuhan bagi arasy yang agung agar menyembuhkanmu". Tiadalah dibacakah itu kecuali akan disembuhkan dengan izin Allah dari sakit tersebut. ( At-Tirmidzi : hadis Sohih)
Imam Ibn Qayyim berkata “dari kaedah pelindung dan penyembuh dari hasad mata dan yang sepertinya adalah membaca dau Qul ( Surah An-Naas dan Al-Al-Falaq) dan Al-fatihah, ayat Kursi dan lain-lain doa dari hadis nabi” iaitu antaranya seperti di atas. (At-Tibb al-Nabawi)
PUSAT RAWATAN CAHAYA SYIFAK (PRCS)
Tuesday, February 5, 2013
AMALAN AL-SALAF AL-SOLEH
AMALAN AL-SALAF AL-SOLEH
AMALAN PARA AL-SALAF AL-SOLEH
Kaedah Refleksologi Islam yang bersumberkan kepada Qur’an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. tersebut diperkasakan lagi kewujudannya dan kepentingannya dengan amalan yang dilakukan oleh para al-Salaf al-Soleh. Terdapat dalam lipatan sejarah yang jelas kaedah tersebut telah dilakukan oleh sesetengah sahabat. KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB r.a. misalnya pernah menggunakan kaedah pukulan. Seorang yang bercakap dalam keadaan yang tidak stabil serta meluahkan beberapa soalan yang tidak sepatutnya ditanya, maka khalifah ‘Umar yang berada di depannya segara meminta sebatang tongkat. Dengan tongkat itu beliau segara memukul kepala orang tersebut berulang kali hingga berdarah. Akhirnya syaitan yang meresap ke tubuh orang tersebut keluar. Orang tersebut sedar dan stabil, lalu ia meminta maaf kepada khalifah ‘Umar al-Khattab r.a.
Imam Ahmad bin Hanbal (w.241H) juga telah menggunakan KAEDAH PUKULAN UNTUK MENGELUARKAN JIN. Diriwayatkan bahawa Sultan al-Mutawakkil telah menghantar perutusannya kepada Imam Ahmad supaya memberitahunya bahawa seorang gundik sultan telah mengalami kerasukan. Imam Ahamad diminta supaya berdoa untuknya. Sejurus kemudian Imam Ahmad megeluarkan sepasang terompah kayu yang biasa digunakan untuk berwuduk, lalu memberikannya kepada muridnya dan berkata: “kamu pergi ke istana sultan dan duduk di bahagian kepala perempuan itu. Cakap kepada jin yang merasuknya; Ahmad berkata: mana di antara dua perkara yang kamu mahu; kamu keluar dari tubuh perempuan ini atau kamu dipukul dengan terompah ini tujuh puluh kali? Apabila mendengar kata-kata tersebut jin yang berada dalam tubuh perempuan itu berkata: ‘Kami dengar dan kami taat bahkan jika Ahmad mengarah kami keluar dari negeri Iraq sekalipun, kami akan keluar. Dia adalah seorang yang mentaati Allah, sesiapa mentaati Allah, segala sesuatu akan mentaatinya. Jin tersebut kemudiannya keluar dari tubuhnya. Perempuan tersebut segera kembali sihat dan kemudiannya telah dikurniakan beberapa orang cahaya mata.
Setelah kewafatan Imam Ahmad, jin tersebut sekali lagi merasuk perempuan yang sama. Sultan Mutawakkil sekali lagi menghantar utusan kepada murid Imam Ahmad iaitu Abu Bakr al-Mawarzi. Beliau membawa terompah kayu yang sama ke istana sultan untuk merawat perempuan tersebut. Lalu jin yang merasuk itu berkata: ‘Aku tidak akan keluar dari sini. Aku tidak akan taat dan tidak mahu menerimamu. Ahmad adalah seorang yang yang mentaati Allah, dengan sebab itu kami disuruh mentaatinya” .
Di dalam kitab al-Tib al-Nabawi karangan SHAIKH IBN AL-QAYYIM AL-JAWZIYYAH (w.751H/1350M) ada menyebutkan bahawa gurunya Shaikh Ibn Taimiyyah kerap kali memukul pesakitnya yang dirasuk syaitan atau jin dengan pukulan tongkat, setelah syaitan atau jin tidak mahu keluar walaupun diperintah supaya keluar berkali-kali. Syaitan atau jin yang berdegil itu akan keluar bila dipukul dengan tongkat .
Ibn Qayyim menegaskan bahawa kaedah perubatan yang digunakan oleh gurunya itu dapat disaksikan oleh beliau sendiri dan orang lain, bukan sekali tapi kerap kali dilihatnya. Malahan gurunya, SHAIKH IBN TAIMIYYAH pernah menceritakan kepadanya mengenai jin yang degil, tidak mahu keluar, walaupun sudah dibacakan ayat-ayat Qur’an dan sudah diminta keluar segera. Akhirnya Shaikh Ibn Taimiyyah memukul pesakit tersebut dengan tongkat. Sebelum jin itu keluar ia sempat menyatakan bahawa ia sangat mencintai pesakit tersebut dan mahu pergi menunaikan fardhu Haji bersamanya. Akhirnya jin itu keluar kerana tidak tahan menanggung sakit dari pukulan tongkat.

Monday, September 10, 2012
1. PENGENALAN
Pusat Rawatan Cahaya Syifak ditubuhkan pada bulan Julai 2012. Kaedah rawatan alternatif ini menggunakan ayat-ayat al-Quran dan tenaga dalam.
2. CARTA ORGANISASI
KETUA PERAWAT : USTAZ HAJI SYUKRI BIN OTHMAN (012-2629697) KETUA KLINIK : USTAZ MOHD NAZRI BIN MOHD NOOR (013-9190314) KETUA URUSAN KLINIK: USTAZ DAUD BIN MOHAMAD (018-3737239) KETUA HUBUNGAN LUAR: USTAZ MOHD NOR FAIZ AFSAL BIN DATO' ABU BAKAR (0192537726)
3. HARI RAWATAN
SABTU : 9.00 AM 1.00 PM
AHAD : 9.00 AM 1.00 PM
RABU : 9.00 AM 1.00 PM
KHAMIS : 9.00 AM 1.00 PM
4. BAYARAN
1. CAJ YANG DIKENAKAN ADALAH SEBANYAK RM 50 UNTUK SETIAP SESI RAWATAN.
2. HARGA AIR YANG TELAH DIBACAKAN AYAT AL-QURAN: RM 10.00

Subscribe to:
Posts (Atom)