MAKLUMAN

Tuesday, February 5, 2013

AMALAN AL-SALAF AL-SOLEH

AMALAN AL-SALAF AL-SOLEH AMALAN PARA AL-SALAF AL-SOLEH

Kaedah Refleksologi Islam yang bersumberkan kepada Qur’an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. tersebut diperkasakan lagi kewujudannya dan kepentingannya dengan amalan yang dilakukan oleh para al-Salaf al-Soleh. Terdapat dalam lipatan sejarah yang jelas kaedah tersebut telah dilakukan oleh sesetengah sahabat. KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB r.a. misalnya pernah menggunakan kaedah pukulan. Seorang yang bercakap dalam keadaan yang tidak stabil serta meluahkan beberapa soalan yang tidak sepatutnya ditanya, maka khalifah ‘Umar yang berada di depannya segara meminta sebatang tongkat. Dengan tongkat itu beliau segara memukul kepala orang tersebut berulang kali hingga berdarah. Akhirnya syaitan yang meresap ke tubuh orang tersebut keluar. Orang tersebut sedar dan stabil, lalu ia meminta maaf kepada khalifah ‘Umar al-Khattab r.a.

Imam Ahmad bin Hanbal (w.241H) juga telah menggunakan KAEDAH PUKULAN UNTUK MENGELUARKAN JIN. Diriwayatkan bahawa Sultan al-Mutawakkil telah menghantar perutusannya kepada Imam Ahmad supaya memberitahunya bahawa seorang gundik sultan telah mengalami kerasukan. Imam Ahamad diminta supaya berdoa untuknya. Sejurus kemudian Imam Ahmad megeluarkan sepasang terompah kayu yang biasa digunakan untuk berwuduk, lalu memberikannya kepada muridnya dan berkata: “kamu pergi ke istana sultan dan duduk di bahagian kepala perempuan itu. Cakap kepada jin yang merasuknya; Ahmad berkata: mana di antara dua perkara yang kamu mahu; kamu keluar dari tubuh perempuan ini atau kamu dipukul dengan terompah ini tujuh puluh kali? Apabila mendengar kata-kata tersebut jin yang berada dalam tubuh perempuan itu berkata: ‘Kami dengar dan kami taat bahkan jika Ahmad mengarah kami keluar dari negeri Iraq sekalipun, kami akan keluar. Dia adalah seorang yang mentaati Allah, sesiapa mentaati Allah, segala sesuatu akan mentaatinya. Jin tersebut kemudiannya keluar dari tubuhnya. Perempuan tersebut segera kembali sihat dan kemudiannya telah dikurniakan beberapa orang cahaya mata.

Setelah kewafatan Imam Ahmad, jin tersebut sekali lagi merasuk perempuan yang sama. Sultan Mutawakkil sekali lagi menghantar utusan kepada murid Imam Ahmad iaitu Abu Bakr al-Mawarzi. Beliau membawa terompah kayu yang sama ke istana sultan untuk merawat perempuan tersebut. Lalu jin yang merasuk itu berkata: ‘Aku tidak akan keluar dari sini. Aku tidak akan taat dan tidak mahu menerimamu. Ahmad adalah seorang yang yang mentaati Allah, dengan sebab itu kami disuruh mentaatinya” .

Di dalam kitab al-Tib al-Nabawi karangan SHAIKH IBN AL-QAYYIM AL-JAWZIYYAH (w.751H/1350M) ada menyebutkan bahawa gurunya Shaikh Ibn Taimiyyah kerap kali memukul pesakitnya yang dirasuk syaitan atau jin dengan pukulan tongkat, setelah syaitan atau jin tidak mahu keluar walaupun diperintah supaya keluar berkali-kali. Syaitan atau jin yang berdegil itu akan keluar bila dipukul dengan tongkat .

Ibn Qayyim menegaskan bahawa kaedah perubatan yang digunakan oleh gurunya itu dapat disaksikan oleh beliau sendiri dan orang lain, bukan sekali tapi kerap kali dilihatnya. Malahan gurunya, SHAIKH IBN TAIMIYYAH pernah menceritakan kepadanya mengenai jin yang degil, tidak mahu keluar, walaupun sudah dibacakan ayat-ayat Qur’an dan sudah diminta keluar segera. Akhirnya Shaikh Ibn Taimiyyah memukul pesakit tersebut dengan tongkat. Sebelum jin itu keluar ia sempat menyatakan bahawa ia sangat mencintai pesakit tersebut dan mahu pergi menunaikan fardhu Haji bersamanya. Akhirnya jin itu keluar kerana tidak tahan menanggung sakit dari pukulan tongkat. 

No comments:

Post a Comment