NAS AL-QURAN BERKAITAN PERMOHONAN
Abdullah Bin Abbas melaporkan, semasa beliau berada di belakang Nabi Muhammad,
beliau mendengar Nabi berkata, “Wahai anak! Aku ingin mengajarkan kamu beberapa
kalimah (ajaran agama). Jagalah Allah pasti Dia menjaga kamu. Jagalah Allah pasti
kamu akan mendapati Dia di hadapan kamu. Apabila ingin meminta, mintalah kepada
Allah, apabila ingin memohon bantuan, pohonlah kepada Allah. Ketahuilah, sekiranya
seluruh umat berkumpul bagi memberikan manfaat kepada kamu, pasti mereka tidak mampu
memberikan manfaat itu melainkan apa yang sudah ditetapkan Allah kepada kamu.
Sekiranya manusia berkumpul bagi memudaratkan kamu, pasti mereka tidak mampu
memudaratkan kamu melainkan apa yang sudah ditakdirkan Allah kepada kamu. Telah
diangkat pena-pena dan telah ditetapkan semua takdir.” Hadis ini direkodkan oleh
At-Tarmizi dan taraf hadis ini Hasan Sahih.
Sahabat-sahabat telah bertanya Ar-Rasul tentang jampi. Bersabda Ar-Rasul:
"Bacakan jampi kamu kepada saya. Tidak ada salahnya dengan jampi, selagi mana tidak
ada kesyirikan di dalamnya."
(Muslim)
Dengan ini menunjukkan kepada kita tentang keharusan menggunakan jampi dalam
usaha-usaha pengubatan, asalkan isinya tidak bercanggah dengan aqidah Islam (iaitu
jampi dengan menggunakan ayat-ayat Al-Qur'an dan doa-doa serta wirid-wirid dari
Rasulullah s.a.w.) Adapun jika isi-isi jampi itu bercanggah dengan aqidah dan
syari'at, maka diharamkan.
No comments:
Post a Comment